Trofi Lagu Terbaik AIM Yuna ditarik balik


Belum pernah berlaku dalam sejarah industri muzik tempatan apabila trofi Anugerah Industri Muzik (AIM) yang dimenangi ditarik balik. Namun itulah yang berlaku kepada penulis lagu dan penyanyi wanita popular yang sedang menempa nama di Amerika Syarikat, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna yang mengesahkan menerusi akaun Twitternya semalam bahawa trofi Lagu Terbaik yang dimenanginya di AIM ke-18 dua minggu lalu akan ditarik balik.
Memenangi trofi tersebut menerusi lagu "Penakut", penyanyi berusia 25 tahun ini walaubagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai isu tersebut sebalinya ...



meminta semua persoalan diajukan kepada penganjur iaitu Persatuan Industri Rakaman Malaysia.
Turut dipetik daripada Gua, Yuna memberitahu dia mengharapkan penjelasan kukuh diberikan bukan sahaja kepada dirinya, sebaliknya kepada peminat muzik tempatan, semua penggiat industri muzik termasuk penyanyi, komposer, penulis lirik, jurutera bunyi dan sebagainya.
"Apa yang diberitahu kepada saya, berlakunya kesilapan dalam pengiraan. Saya faham manusia mana yang tidak pernah melakukan kesilapan. Namun ini adalah kesilapan yang agak besar dan kami menuntut penjelasan," ujar Yuna.

0 comment:

Post a Comment

pagenumber

Popular Posts